Bahan-bahan:
600 gm ayam
2 biji ubi kentang dipotong empat
1 biji bawang besar dipotong empat
2 sudu besar kerisik
santan pekat 1 mangkuk
gula dan garam secukup rasa
sedikit kayu manis dan bunga lawang
minyak untuk masak
Ditumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1.5 packet kecil rempah kurma Adabi
Cara-cara membuatnya:
• Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
• Masukkan bahan yang ditumbuk yang telah digaul rata bersama rempah kurma,
tumis sehingga naik bau wangi.
• Masukkan ayam yang telah dipotong,kacau sehingga setengah masak.
• Masukkan santan pekat,kacau sekejap.
• Masukkan kerisik dan kacau rata,tunggu sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
• Masukkan ubi kentang dan bawang yang dipotong,tunggu sehingga lembut.
• Masukkan garam secukup rasa serta sedikit gula.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 Response to "Ayam Kurma"
Posting Komentar