Laksa Johor

Bahan-bahan:
100 gm ikan tenggiri (1- 2 keping)
300 gm ikan kembung putih (pelaling)
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan cili kisar (daripada 10 tangkai cili kering)- tambah jika suka lebih pedas
3 keping asam keping
1/2 cawan udang kering dikisar halus


Bahan dikisar halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai dihiris
1 sudu besar ketumbar biji ditumbuk halus
1 cawan santan pekat
1 batang serai dititik
segenggam daun kesum
1 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula
1 batang bunga kantan dihiris kecil


Bahan ditabur:
1 batang timun dihiris nipis dan potong membulat seperti buat nasi kerabu (jadi gelang lilit)
1 labu bawang besar dihiris nipis
limau kasturi
tauhu goreng dan potong kecil
kacang panjang dihiris nipis
taugeh dibersihkan (tak perlu celur)


Cara membuat kuah:
1. Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk. Toskan ikan dan asingkan tulang dan isinya. Simpan air rebusan ikan untuk proses seterusnya.
2. Kisar isi ikan dengan mencampur 2 cawan air rebusan. Ketepikan dulu.
3. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa.
4. Tambahkan sedikit air rebusan. Masukkan isi ikan, ketumbar, dan udang kering . Tumis lagi hingga wangi.
5. Masukkan kesemua air rebusan dan santan dan biar kuah mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa. Masukkan garam secukup rasa dan gula.
Biar kuah mereneh kerana kuah laksa bertambah sedap apabila dididihkan berulangkali.

0 Response to "Laksa Johor"

Posting Komentar

wdcfawqafwef