SAYUR CAMPUR

SAYUR CAMPUR
Bahan-bahan:
1/5 buku kobis bulat - potong kecil
2 pokok sawi - ambil daunnya sahaja
1 batang karot - potong serong nipis
2 biji cili merah - potong serong nipis
sedikit udang/ ikan bilis
garam
1/2 cawan air

Bahan hiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Tumis bahan hiris halus hingga wangi.
  2. Masukkan air, udang dan karot. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis, cili merah dan garam. Gaul rata hingga kobis lembut.
  4. Masukkan sawi. Gaul rata hingga sawi masak.
  5. Tutup api dan hidangkan.


0 Response to "SAYUR CAMPUR"

Posting Komentar

wdcfawqafwef