Bahan-Bahannya:
1 peket koey teow
Daun kucai - dicuci dan dipotong 1 inci panjang
Semangkuk kecil taugeh
Udang saiz sederhana - ikut suka banyak mana
1 mangkuk kecil isi kerang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap mee Tamin
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan sos cili
4 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang halus
2 biji telur
Sedikit minyak masak
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul rata. Dikacau sentiasa hingga menjadi telur hancur (scramble). Ketepikan.
- Masukkan lagi sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan semua sos dan kicap.
- Masukkan udang dan isi kerang. Kacau rata hingga udang masak.
- Masukkan koey teow, kucai dan taugeh. Kacau rata.
- Masukkan telur hancur. Kacau rata.
- Bila bumbu dan koey teow telah mesra, tutup api dan hidangkan.
** Saya goreng telur secara berasingan kerana saya tidak mahu koey teow goreng saya terlalu kering. Dengan cara ini koey teow saya akan jadi agak lembab.
0 Response to "KOEY TEOW GORENG KERANG"
Posting Komentar