CUCUR IKAN BILIS

CUCUR IKAN BILIS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung
1 biji bawang besar - dipotong dadu

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
1 biji telur
2 sudu teh garam
1/2 blender air

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin pengisar. Masukkan air hingga separuh blender. Kisar hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Jika tidak cukup air, boleh tambah air lagi.
  3. Bila sudah sebati, masukkan bawang besar dadu sambil diramas-ramas supaya bawang terpisah antara satu sama lain.
  4. Kacau sebati.
  5. Panaskan minyak yang banyak. Jemputkan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga warna keperangan.
  6. Ulang langkah 5 hingga adunan habis.
  7. Hidangkan.
*** Cucur ini enak dinikmati bersama sos cili, sambal tumis atau kuah kari. Memang wallaaaaa...



Related Posts :

  • SERI MUKA SERI MUKABahan-bahannya:300 g beras pulut - rendam selama 1 hingga 2 jamSantan cair6 sudu maka… Read More...
  • WAFFLE Inilah Waffle Maker yang saya gunakan... saya beli di Mydin. Bahagian dalam waffle makerW… Read More...
  • APAM BALIKJom! Kita buat apam balik yang rasanya macam yang dijual di pasar-pasar malam. Terima kasih kepada t… Read More...
  • DANGAI @ RANGINDANGAI @ RANGINCara membuat:Gaul 3 biji kelapa parut (ambil putihnya sahaja) dengan sedikit garam.Ma… Read More...
  • ROTI ARABROTI ARABBahan-bahannya:3 cawan tepung gandum1 sd makan marjerin1 biji telur1 sd makan susu pekat1 s… Read More...

0 Response to "CUCUR IKAN BILIS"

Posting Komentar

wdcfawqafwef