Bahan-Bahannya: (untuk 16 biji kuih)
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
1 cawan air
Bahan B:
1/2 cawan gula pasir1/2 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C: (Dikukus sebentar)
1 cawan kelapa parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-caranya:
- Masak bahan B hingga semua gula larut. Sejukkan.
- Didihkan air kukusan. Kukus Bahan C sebentar.
- Campur semua bahan A. Gaul rata.
- Masukkan bahan B yang sudah disejukkan. Gaul sebati. Tapis.
- Sapu sedikit minyak pada semua acuan kuih lompang.
- Tuang adunan ke dalam acuan.
- Kukus selama 10 minit. Kuih akan membentuk lompang di tengah-tengahnya.
- Sejukkan.Keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut.
- Hidangkan.
0 Response to "KUIH LOMPANG"
Posting Komentar