Bahan-bahan:
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara menyediakannya:
Didihkan air dalam pengukus.
Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam
supaya beras memanjang 2 kali ganda.
Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.
Setelah itu,kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.
Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.
Akhir sekali,kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai,cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Tambahan:
Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelumnya.
Lebih lama rendam,lebih panjang beras.Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.
Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung.
0 Response to "Nasi Lemak Kukus"
Posting Komentar