Kek Span Jem





















Bahan-bahan A:

75 gm tepung
1/4 sudu teh serbuk penaik
25 ml air sejuk
25 gm ovalette
3 biji telur sejuk
70 gm gula hangus


Bahan-bahan B:

85 gm mentega
1 sudu teh esen vanila


Bahan C:

20 gm chocolate rice
3 sudu besar jem strawberi


Cara menyediakan:

1. Pukul kesemua bahan A dalam sebuah bekas. Ketepikan.
2. Pukul kesemua bahan B dalam bekas yang berasingan. Ketepikan.
3. Barulah campurkan kesemua bahan A dan B. Kacau sebati.
4. Masukkan chocolate rice dan gaul rata.
5. Sudip adunan ini ke dalam acuan-acuan kecil.
6. Bakar pada suhu 170 darjah Selsius selama 30 minit.
7. Apabila kek sudah masak, keluarkan daripada acuan dan sejukkan.
8. Sementara itu, panaskan jem strawberi.
9. Tuangkan cairan jem strawberi ini ke atas kek.
10. Bolehlah dihidangkan sewaktu minum petang.

Sumber

0 Response to "Kek Span Jem"

Posting Komentar

wdcfawqafwef