Tips:Perkara Asas Utk Membakar Kek
Baca dan fahamkan resepi sebelum mula. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.
Tanamkan sikap ’buat yang betul’. Jika berbaloi dibuat, maka berbaloilah dibuat dengan betul. Membakar kek memerlukan penjagaan dan ketepatan. Tidak seperti masakan lain seperti sup atau stew, anda tidak boleh mengubah atau mengganti bahannya.
Jangan membuat aktiviti lain ketika mengadun resepi. Tidak kira sekecil mana gangguan, ia boleh membuatkan kesilapan.
Gunakan alatan yang elok. Kumpulkan semua mangkuk, acuan, dan peralatan yang diperlukan sebelum mula. Gunakan pengukur cawan dan sudu.
Gunakan acuan saiz yang sesuai, seperti di dalam resepi. Jika acuan ditukar, suhu membakar dan masa juga sepatutnya ditukar. Acuan yang besar dan dalam memerlukan suhu yang tinggi manakala acuan yang kecil dan rendah memerlukan suhu yang kurang. Letakkan acuan di tengah-tengah ketuhar. Jangan letakkan acuan di atas acuan yang lain dan jangan penuhkan oven dengan acuan (ini akan membuatkan pembakaran tidak sekata).
Gunakan bahan yang berkualiti dan kumpulkan bahan sebelum mula. Bahan berkualiti memberikan hasil berkualiti. Pastikan bahan segar dan berkualiti terbaik.
Ukur kuantiti dengan tepat. Ini adalah wajib untuk membakar kek. Kesilapan mengukur adalah salah satu penyebab utama kegagalan membakar kek. Walaupun menggunakan bahan berkualiti terbaik, tetapi jika tidak mengukur dengan tepat, resepi tidak akan berhasil seperti sepatutnya.
•Mengukur cecair: Guna cawan pengukur kaca. Ia membolehkan anda melihat tahap cecair yang diukur. Cawan pengukur mempunyai sedikit ruang tambahan untuk membolehkan anda mengukur tanpa cecair tumpah. Periksa ukuran pada tahap mata.
•Mengukur bahan kering: Guna cawan pengukur. Perlahan-lahan ceduk bahan kering dan ratakan dengan spatula. Gunakan kaedah yang sama juga untuk pengukur sudu. Tepung tidak wajib ditapis, kecuali jika ditentukan pada resepi.
Setiap resepi memerlukan cara berbeza untuk mengadun. Ikut arahan pada resepi.
Guna suhu yang betul pada ketuhar. Jangan naikkan suhu ketuhar kerana mahu mempercepatkan masa memasak. Letakkan rak sebelum memanaskan ketuhar.
Jika resepi memerlukan ketuhar yang telah dipanaskan, maka panaskan dulu ketuhar sekurang-kurangnya 15 minit sebelum memasukkan adunan. Jangan buka pintu ketuhar ketika kek sedang dibakar, ini akan membuatkan kek ”turun”. Kek yang dibakar dalam ketuhar yang tidak dipanaskan juga akan rosak kerana kek akan ”naik” terlalu cepat dan ”turun” apabila ketuhar memanas.
Jom kongsi tips bersama rakan² :-)
0 Response to "Tips:Perkara Asas Utk Membakar Kek"
Posting Komentar