PUDING KARAMEL

Ermmmm!!! Lama dah bercuti dari memasak dan kongsi resepi dengan kawan-kawan semua. Rindu rasanya... Bila dah lama tak mengasap dapur ni, bila nak mula rasa macam dah tak tau nak mula kat mana.. hihihi... Tapi rindu punya pasal, hari ni saya mulakan dengan memasak resepi yang ringkas dan mudah. Ini dia, Puding Karamel... antara kuih kegemaran keluarga saya... Jom! Kawan-kawan, kita semak resepinya.. 

PUDING KARAMEL
Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 - 2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

A.

  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 7 inci)
  3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
  4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).

B.

  1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender. 
  2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
  4. Kukus selama 30 - 40 minit. 
  5. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.



0 Response to "PUDING KARAMEL"

Posting Komentar

wdcfawqafwef