Info:Makanan Pertama Bayi


Makanan yang pertama

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga.

Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu).

Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair". Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu bayi. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur.

 Kebanyakan panduan am menasihatkan supaya anda memperkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.

Cubalah:
• puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek;
• puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak;
• bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu bayi biasa;
• bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.





Peringkat seterusnya

Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:
• puri lentil atau legum seperti sweet pea;
• puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;
• puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, siew pak choy atau kailan.

Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan.

Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus; satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt); dan, dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan; bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun.

Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan. Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten.

Elakkan susu untuk bayi yang lebih matang (susu tumbesaran) sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.

Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda.

**gambar² hasil carian internet.

0 Response to "Info:Makanan Pertama Bayi"

Posting Komentar

wdcfawqafwef