Bahan-bahannya: (Sukatan untuk satu gelas)
100 g plain yogurt
100 ml air
200 ml susu rendah lemak (boleh juga guna susu segar)
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan fruit paste perisa mangga
beberapa ketul ais
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
- Masukkan ke dalam gelas dan hidangkan.
NOTA:
- Blend lassi apabila sudah mahu menikmatinya supaya ais tidak cair.
- Fruit paste boleh didapati di kedai-kedai bakeri. Jika tidak ada fruit paste, boleh saja jika menggunakan sebiji buah mangga masak atau pati mangga apa-apa jenama.
0 Response to "LASSI MANGGA"
Posting Komentar