IKAN PARI SALAI MASAK LEMAK CEKUR

Resepi ikan pari ni atau ikan tuka adalah resepi yang penuh kenangan manis buat saya kerana ini adalah resepi istimewa aruah ibu saya yang sering dimasak di zaman kanak2 saya. Waktu itu, ingat lagi, aruah ibu akan menyalai ikan pari ini di atas bara kayu, saya pula tukang siat2kan ikan ni untuk dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak lemak cekur. Inilah resepinya...

IKAN PARI SALAI MASAK LEMAK CEKUR... feveret saya ni... :))

Bahan2:
1 ekor ikan tuka (ikan pari kecil) - cuci, sapu garam & bakar atau salai hingga masak.
1 mangkuk santan pekat.
3 helai daun cekur - hiris halus.
garam secukup rasa

Bahan tumbuk:
10 biji cili api
1 inci ubi cekur
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar

Cara masak:
1. Hiris kecil ikan tuka bakar.
2. masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masak hingga kuah mendidih.
4. Sedia utk dihidangkan... 



0 Response to "IKAN PARI SALAI MASAK LEMAK CEKUR"

Posting Komentar

wdcfawqafwef