MEE KARI

       Mee kari ni mempunyai kenangan yang istimewa buat saya. Semasa saya sedang hamil anak sulong, saya teringin sangat nak makan mee kari tapi memandangkan saya tinggal jauh dari keluarga, nun jauh di utara sedangkan semua keluarga saya tinggal di selatan tanahair, hajat saya tak dapat dipenuhi. Tapi hati kecil saya nak jugak makan mee kari. Tak mau yang beli.. Maka, saya usahakan beli mee, bahan2 untuk kuah tu, saya agak2 aje.. Maka bermulalah eksperimen saya..Dlm kepala saya, masa makan di restoran ada fishball, fishcake, mesti ada santan dan mcm2 lagilah..
        Seusai memasak, saya beri sepinggan kepada setiap 3 rumah jiran terdekat saya. Nak tau apa komen diaorang? "Sedaplah mee kari Ani.. ada lagi tak? kalau ada, nak sepinggan lagi boleh?" Wow! Dah lah percubaan pertama dgn resepi yg main agak2 aje... Seronok tak kira saya..hahaha.. Selain dapat memenuhkan keinginan mengidam saya, saya dpt mencipta resepi baru.. hehehe... 
       Jadi, selepas beberapa proses penambahbaikan, inilah resepi mee kari saya...

MEE KARI

Bahan2
1 bungkus mee
3 peket kecil serbuk kari daging – campur dgn sedikit air.
2 pelepah daun kari
Udang sederhana besar
1 kg Kerang – direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)
1 mangkuk santan

Bahan tumbuk
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam udang geragau/ udang kepal

Bahan hiris
Isi ayam
Daging
Fish ball

Bahan hiasan
Tauhu – goreng dan hiris.
3 pokok sawi
Cili merah
Daun sup/daun bwg
Tauhu khas utk mee kari – optional.
Taugeh

Cara memasak
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul2 masak.
  2. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. (Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan).
  3. Masukkan fish ball dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk.
  4. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja utk mengekalkan manis udang.
  5. Didihkan air dlm periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali utk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dlm besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan.
  6. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan.
  7. Hidangkan.
** Jangan masak sayur sekali dlm kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dlm kuah tu, kuah boleh bertahan lama.



0 Response to "MEE KARI"

Posting Komentar

wdcfawqafwef