Nasi Lemak Kukus












Bahan-bahan: ( 4 @ 5 org )
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya :-
1). Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
2). Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
3). Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Related Posts :

  • Nasi Lemak KukusBahan-bahan:5 cawan beras2 biji pati santan 3 helai daun pandan Garam secukup rasaCara menyediakanny… Read More...
  • Nasi TomatoBAHAN-BAHAN:4 cawan beras basmathi4 cawan air2 sudu besar minyak sapi1 tin kecil susu cair100 gm pes… Read More...
  • Lontong@LodehBahan-bahan:1/2 biji kobis [potong kecil]5 batang kacang panjang [potong pendek]1 biji carrot [poton… Read More...
  • Resepi Nasi DagangBahan-Bahan:Nasi Dagang:3 Cawan Beras Siam1 Cawan Beras Pulut2 Cawan Santan Cair2 Cawan Santan Pekat… Read More...
  • Bubur LambukBahan-bahan:2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong k… Read More...

0 Response to "Nasi Lemak Kukus"

Posting Komentar

wdcfawqafwef